Pages

Tuesday 25 March 2014

MH370 Hilang..Tragedi MH370

Assalamualaikum smua..
Agak lama rsa nya saya tidak mencoretkan tinta d ruangan ini..malah d media2 sosial yg lain juga..agak slow..tidak rancak spt biasa..

Prasaan saya masih dselubungi dgn rasa sedih & pilu d atas apa yg berlaku terhadap negara kita yg menjadi tumpuan dunia..

Berita kehilang pesawat #MH370 dr Kuala Lumpur ke Beijing..sedih dgn berita kehilangan psawat berkenaan. 17 hari misi pencarian yg masih belum menemui apa2..namun, semalam 24hb jam 10mlm, PM telah mengumukan bahawa Pesawat MH370 telah mengakhiri perjalanannya d selatan Lautan India..sbuah LAUTAN TERPENCIL DI DUNIA..sedih dan bcucuran air mata ini tatkala menerima brita bkenaan yg ng saya amat menyayat dan meruntun hati ramai pihak..

Namun, kita haruslah redha dgn ketentuan Ilahi..inilah yg d katakan qada dan qadar yg telah allah tentukan..Allah lah yg Maha Mengetahui Segala2nya..Allah jua lah Perencana yg Terbaik..Dia Maha berkuasa ke atas segala2nya..

Benar, prasaan sedih itu masih menyelubungi hati kita..namun jgnlah terus2an dturuti hati sedih itu..percayalah, mereka smua adalah insan2 terpilih..1 dunia mendoakan kedamaian mreka d sna..

Ketahuilah bahawa ada
Kegembiraan di sebalik Kedukaan Tragedi MH370

Malaysia dirundung kedukaan dengan pengumuman tragedi yang menimpa pesawat MH370. Seramai 239 penumpang dan anak kapal pada adat manusiawinya berpindah ke alam seterusnya menemui PenciptaNya.
Selaku umat Islam kita dikehendaki mengamalkan ayat 155 surah Al Baqarah .
“Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
Kepada ahli keluarga mangsa mintalah kebaikan di sisi Allah di sebalik apa yang berlaku berdasarkan arahan Nabimu di dalam Sahih Muslim iaitu:
اللَّهمَّ أجِرني في مُصيبَتي واخلُفني خيرًا مِنها
"Ya Allah, berilah pahala padaku menerusi musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik”

Berita gembira kepada kaum keluarga mangsa yang beragama Islam, kerana mereka telah terpilih menerima janji Rasulullah sebagai salah seorang yang mendapat ganjaran mati syahid akhirat.
Ini berdasarkan hadis di dalam Shahih Ibnu Hibban.
الشهادة سبع سوى القتل في سبيل الله : والغريق شهيد ،…، وصاحب الحريق شهيد ….
“Ada tujuh lagi golongan yang syahid selain daripada terbunuh di dalam perang sabilillah, antaranya mereka yang mati lemas,.. dan mereka yang mati dalam kebakaran…”

Kematian mereka merupakan kematian terindah, walaupun tragis dan boleh menimbulkan trauma jika dibayangkan saat kematian tersebut namun rahmat Allah lebih besar untuk mereka yang kini sedang aman seumpama di dalam dakapan ibu sambil menunggu tiupan sangkakala kedua yang akan membangunkan semua manusia untuk ke padang mahsyar menghadapi Hari Perhitungan.

Pemergian mereka juga diiringi dengan jutaan doa dan pengharapan yang terbaik buat mereka. Pelbagai bacaan Al-Quran mengiringi mereka, semuanya ini memberikan satu gambaran awal kemuliaan mereka. Tragedi yang menimpa mereka menyebabkan ummah bersatu dengan imam yang satu dengan doa yang satu.

Yang tinggal ialah kita yang masih tidak tahu destinasi manakah berakhirnya denyutan nyawa kita, bagaimanakah tercabutnya nyawa kita? Adakah dengan rentapan malaikat maut..di saat sedang terkinja-kinja dengan kelalaian yang diaktifkan lagi dengan dadah?

Yang tinggal ialah kita yang perlu mengikut segala acuan Allah dan RasulNya bagi memastikan kematian kita juga kematian terindah.., kematian terpilih….

Ustaz Azhar Bin Yahya
Ketua
Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan
Two things happened. MH370 and 529 Ikhwan muslimin. MH370 win the people hearts more. Allah is showing us something if u see what i saw.

Semoga mreka tenang d sna.
Salam takziah buat keluarga2 mangsa.
Semoga keluarga2 mangsa terus tabah menghadapi ujian ini.
Semoga kita juga mengambil iktibar dan pengajaran drp kejadian ini.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala2 yg dkehendakiNya.

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment